Menukar Kata Laluan Akaun Emel
Langkah 1: Akses akaun emel melalui webmail widadgroup.com atau webmail wbsb.my
Langkah 2: Masukkan alamat emel dan kata laluan semasa dan tekan butang “Log in”
Langkah 3: Antara muka pertama sebelum akses ke Webmail akan muncul seperti berikut. Turun ke bawah dan klik pada “Password & Security”
Langkah 4: Masukkan kata laluan yang selamat (memerlukan kombinasi HURUF BESAR + huruf kecil + n0m80r dan $!m801) pada ruangan “New Password” dan “Confirm New Password” lalu tekan butang “Save”
Langkah 5: Uji kata laluan baru dengan login semula ke webmail tuan/puan. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan, mohon hubungi unit IT.
          





