Mac 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Peti Sejuk
PANDUAN MEMBELI
- Jangan lupa untuk mengenal pasti Energy Efficiency Ratio (EER) bagi peti sejuk. Data pada plat nama akan memberikan maklumat tentang penggunaan kuasa bagi peti sejuk.
- Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar.
PANDUAN PEMASANGAN
- Peti sejuk tidak seharusnya diletakkan di tempat yang panas seperti di tempat yang terdedah kepada pancaran terus matahari atau berhampiran dengan dapur memasak.
- Ruang disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk di bahagian atas, belakang dan tepi bagi membolehkan pengaliran udara
PANDUAN OPERASI & PENYELENGGARAAN
- Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang kosongkan dan cuci peti ais. Tutupkan suis dan biarkan pintunya terbuka.
- Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoran pada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan peti sejuk.
- Susun makanan di dalam peti sejuk supaya ada ruang di sekelilingnya bagi membolehkan pengaliran bebas udara. Sentiasa sejukkan makanan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Elakkan daripada kerap membuka ataupun sengaja membiarkan pintu peti sejuk terbuka.