Julai 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Pemanas Air

PANDUAN MEMBELI

  1. Pilih pemanas air jenis segera ia kurang menggunakan elektrik berbanding pemanas air jenis takungan.
  2. Jika memerlukan pemanas air jenis takungan, pilih saiz yang bersesuaian.

PANDUAN PEMASANGAN

  1. Pasang pemanas air mengikut arahan pembekal.
  2. Bagi penggunaan yang cekap tenaga, sistem pemanas air hendaklah dipasang berhampiran tempat ia kerap digunakan (terutamanya pemanas air jenis takungan).
  3. Pasang paip aliran rendah yang boleh menjimatkan air sehingga 70%.

TIPS BILIK AIR

  1. Pasang kepala pancur mandi hujan yang berkualiti dan beraliran perlahan
  2. Baiki paip/pili yang bocor secepat mungkin
  3. Gunakan plug di tub mandi bagi menghalang air panas daripada masuk ke longkang
  4. Tutup suis di poin kuasa.
  5. Guna pengering rambut pada set rendah
  6. Keringkan rambut dengan tuala sebelum menggunakan pengering rambut.