Oktober 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Komputer
PANDUAN MEMBELI
- Pastikan komputer mempunyai mod tidur.
- Monitor skrin rata lebih efisien daripada jenis tuib katod.
- Komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbanding komputer meja.
PANDUAN OPERASI
- Elakkan daripada membiarkan komputer pada mod sedia. Jadual 9 menunjukkan penggunaan tenaga komputer dalam keadaan pelbagai mod.
- Tutup : komputer tidak dimatikan di plug tetapi hanya dipadamkan di pemutus penyambung di dalam komputer.
- Mod tidur : komputer hampir dipadamkan – pemproses dan monitor masih menggunakan 1-30 watt elektrik.
- Jimat-skrin : tidak menjimatkan elektrik, masih pada keadaan sedia digunakan untuk menjaga monitor.