Januari 2020: Tips Penjimatan Tenaga – Lampu
Lampu biasanya digunakan untuk pencahayaan dan menyumbang 10% atau kurang bagi keseluruhan jumlah bil elektrik. Contoh: lampu 400W yang digunakan sebanyak 2-3 jam sehari akan menelan perbelanjaan sebanyak RM13.80 untuk tempoh sebulan.
JENIS LAMPU
- Lampu mentol – Menjana haba yang banyak dan kebiasaannya mempunyai kuasa 60W. Kecekapan sinarannya dalam lingkungan 18 lumens/watt – satu sumber cahaya yang kurang cekap.
- Lampu kalimantang – Menjana cahaya cerah pada kuasa 32W. Lampu ini mempunyai balast, kebiasaan kuasanya 8W.
- Lampu kalimantang mampat (Compact Flourescent Light –CFL) – Pencahayaan cerah yang sama dengan 60W lampu kalimantang tetapi pada kuasa yang lebih rendah iaitu pada 11W. Kecekapan sinarannya dalam lingkungan 60 lumens/watt. Agak mahal tetapi masa hayatnya lapan kali lebih lama daripada lampu mentol biasa dan menggunakan hanya 20% tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan yang sepadan.
PANDUAN PEMBELIAN
- Beli lampu cekap tenaga dan boleh menjimatkan tenaga sehingga 80% bil lampu pada jangka masa yang panjang.
- Harga untuk lampu cekap tenaga jenis lampu kalimantang mampat (CFL) walaupun ia mahal, namun ia akan lebih menjimatkan tenaga kerana rendah penggunaan elektriknya.
- Gunakan lampu yang bersesuaian dengan keperluan. Contohnya, gunakan lampu yang lebih terang ketika membaca dan lampu yang lebih malap ketika menonton TV.
- Lampu kalimantang biasa akan mengeluarkan 2 kali lebih cahaya daripada lampu mentol.
- Seboleh-bolehnya, gunakan suis fotoelektrik, pemalap dan penentu masa bagi penjimatan selanjutnya.
PANDUAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN
- Bilik Tidur
Gunakan lampu malap daripada siling dengan pemalap untuk pencahayaan umum.
Gunakan lampu sisi katil untuk membaca.
Gunakan cahaya dari luar. Letakkan meja berhampiran dengan tingkap. - Ruang Tamu
Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
Pasang lampu di atas ruang kerja.
Pasang lampu di pintu bilik pantri. - Dapur
Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
Pasang lampu di atas ruang kerja.
Pasang lampu di pintu bilik pantri. - Bilik Air dan Stor
Pasang lampu di atas cermin.
Pasang lampu siling bagi bilik air yang besar.
Pasang lampu berkuasa rendah bagi laluan dan setor