Misi, Visi dan Objektif Unit Pengurusan Sistem Maklumat
Misi, visi dan objektif Unit Pengurusan Sistem Maklumat Widad Istana Negara adalah seperti berikut:
VISI
ICT dijadikan asas dalam peningkatan kualiti, kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan di Tapak Projek Istana Negara (WIDAD)
MISI
Menjadi pemangkin kepada pembudayaan ICT dalam melaksanakan tugas di Tapak Projek Istana Negara (WIDAD)
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan sokongan terbaik dalam pengurusan kelengkapan ISM yang cekap dan sentiasa bersedia selaras dengan perubahan teknologi terkini
- Melaksanakan penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dalam bidang tugas terlibat
- Menyediakan sumber manusia yang terbaik dan berpotensi di samping meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT
- Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan ICT di kalangan semua pegawai dan kakitangan WIDAD
