Panduan Penggunaan, Penjagaan dan Penyimpanan Peralatan ICT

  1. Penggunaan peralatan ICT hendaklah mematuhi semua seperti yang tertera seperti berikut :
    • digunakan bagi tujuan rasmi sahaja;
    • digunakan bagi mengikut fungsi sebenar seperti yang terdapat dalam manual/ buku panduan pengguna;
    • dikendalikan oleh kakitangan yang dibenarkan oleh pihak syarikat;
  2. Peraturan penjagaan dan penyimpanan peralatan ICT yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut :
    • Penjagaan dan Penyimpanan Semasa di Bahagian/ Jabatan
      • Peralatan ICT hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan kakitangan yang dipertanggungjawabkan.
      • Peralatan ICT (terutamanya mudah alih) hendaklah disimpan di dalam almari/ kabinet yang berkunci/ bilik khas untuk penyimpanan peralatan ICT.
      • Peralatan ICT tidak boleh dibiarkan terletak di tempat yang terdedah kepada umum.
    • Penjagaan dan Penyimpanan Semasa di Rumah (kategori mudah alih)
      • Peralatan ICT hendaklah disimpan di dalam almari/ kabinet yang berkunci.
      • Peralatan ICT setelah digunakan tidak boleh dibiarkan terletak di ruang tamu, di atas meja makan atau di tepi pintu.
      • Semasa meninggalkan rumah, pengguna hendaklah memastikan bilik di mana peralatan ICT disimpan dan rumah berada dalam keadaan berkunci dan selamat.
    • Penjagaan Semasa Menghadiri Kursus/ Seminar/ Bengkel di Luar Pejabat
      • Semasa menghadiri kursus/ seminar/ bengkel, semua peralatan ICT mesti dibawa bersama pengguna.
      • Jika tidak digunakan, peralatan ICT hendaklah ditinggalkan di dalam bilik seminar/ bilik penginapan yang berkunci dengan selamat.
    • Penjagaan Semasa di dalam Kenderaan
      • Peralatan ICT tidak boleh ditinggalkan di dalam kenderaan tanpa pengawasan.