Ogos 2018: Kempen Pengurusan & Pemuliharaan Tenaga

Assalammualaikum WTB dan salam sejahtera,
Bagi melancarkan serta menyokong kempen Pengurusan & Pemuliharaan Tenaga di Istana Negara khususnya di kawasan Rumah Kelab;
Mohon kerjasama kepada semua kakitangan Widad Builders Sdn. Bhd. menggunakan tenaga elektrik secara bijak dengan menjalankan beberapa langkah berikut:
- Sila tutup suis jika tidak menggunakan peralatan elektrik.
- Sila tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24⁰Celcius.
- Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan.
- Padamkan lampu dan kipas bilik apabila tidak digunakan.
- Gunakan pencahayaan semula jadi dengan bijak.
Bersama kita jayakan Program Pengurusan & Pemuliharaan Tenaga.
Elakkan pembaziran penggunaan tenaga.
‘Energy saving starts from you’.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Jawatankuasa Pengurusan & Pemuliharaan Tenaga