September 2018: Pengurusan Tenaga Istana Negara


Matlamat

Pemuliharaan sumber, perlindungan iklim dan Penjimatan kos, dan pengguna mendapat penggunaan tenaga berterusan

Kenapa Perlu Jimat Tenaga?

  1. Menjimatkan kos
  2. Bagus untuk alam sekitar
  3. Meingkatkan nilai ekonomi
  4. Meningkatkan taraf hidup

Sasaran Kumpulan

  1. Pengurusan tertinggi Istana Negara
  2. Semua kakitangan Istana Negara
  3. Semua pekerja
  4. Pelawat

Tips Penjimatan Tenaga

  • Tutup lampu, komputer dan peralatan elektrik lain jika tidak digunakan
  • Gunakan pencahayaan siang semulajadi bagi bilik/ruang yang mempunyai tingkap
  • Tutup suis lampu pada waktu rehat (1.00 petang – 2.00 petang) dan selepas waktu kerja (5.00 petang)
  • Pastikan suhu penghawa dingin ditetapkan antara 24 – 26 darjah Celsius
  • Tutup tingkap dan pintu ketika menggunakan penghawa dingin
  • Tutup dan cabut soket peralatan elektrik jika tidak digunakan

Tahukah anda?

Walaupun suis soket telah ditutup, perkakas elektrik masih mendapat sedikit bekalan daripada pengaliran neutral dan menerima kesan daripada pengaliran arus bumi sekiranya terdapat kebocoran arus pada litar elektrik.

Dengan mencabut plug, anda dapat menjmatkan bil bulanan dan menghindari kerosakan akibat litar pintas.