Februari 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Seterika Elektrik

Seterika elektrik boleh menjadi pengguna elektrik yang besar sekiranya tidak digunakan secara optimum kerana pada kebiasaannya ia memerlukan kuasa 1000W.

  1. Panduan Membeli
    • Seterika wap akan menggunakan lebih elektrik daripada seterika biasa.
    • Gunakan seterika ringan untuk tujuan menggosok kerana ia lebih cepat panas dan kurang menggunakan tenaga. Seterika berat akan mengambil masa yang lebih lama untuk panas sebelum boleh digunakan.

     

  2. Panduan Operasi
    • Gosok fabrik yang memerlukan suhu rendah dahulu bagi mengurangkan masa pemanasan. Tutup suis seterika sebelum menggosok pakaian yang akhir.
    • Kumpul dan gosok pakaian dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Pemanasan seterika memerlukan elektrik dan pembaziran elektrik akan berlaku setiap kali seterika ini digunakan untuk menggosok beberapa helai pakaian.
    • Tutupkan suis seterika jika terdapat gangguan semasa menggosok.