Ogos 2018: Kempen Pengurusan & Pemuliharaan Tenaga


Assalammualaikum WTB dan salam sejahtera,

Bagi melancarkan serta menyokong kempen Pengurusan & Pemuliharaan Tenaga di Istana Negara khususnya di kawasan Rumah Kelab;

Mohon kerjasama kepada semua kakitangan Widad Builders Sdn. Bhd. menggunakan tenaga elektrik secara bijak dengan menjalankan beberapa langkah berikut:

  1. Sila tutup suis jika tidak menggunakan peralatan elektrik.
  2. Sila tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24⁰Celcius.
  3. Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan.
  4. Padamkan lampu dan kipas bilik apabila tidak digunakan.
  5. Gunakan pencahayaan semula jadi dengan bijak.

Bersama kita jayakan Program Pengurusan & Pemuliharaan Tenaga.

Elakkan pembaziran penggunaan tenaga.

‘Energy saving starts from you’.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.


Jawatankuasa Pengurusan & Pemuliharaan Tenaga