April 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Penyejuk Beku

Penyejuk beku jenis tegak menggunakan lebih banyak tenaga berbanding peti penyejuk jenis peti. Purata kos elektrik penggunaan penyejuk beku jenis peti dan jenis tegak ialah masing-masing RM10 dan RM14 sebulan.

PANDUAN OPERASI & PENYELENGGARAAN

  1. Gunakan pembalut dan bekas kedap udara dan wap apabila menyimpan makanan yang ingin disejuk beku bagi mengelakkan makanan menjadi kering.
  2. Sebelum membuka penyejuk beku kenal pasti barangan yang diinginkan.
  3. Membuka pintu berulang kali akan membazirkan tenaga.
  4. Nyah fros (defrosted) penyejuk beku apabila terdapat fros setebal 6 mm (1/4 inci).

TIP MENJIMAT TENAGA

Suhu yang diselaraskan pada -18ºC akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 60kWj setiap tahun iaitu bersamaan RM13.