Disember 2018: Bagaimanakah Mengenal Pasti Peralatan Elektrik Yang Cekap Tenaga?

Bagaimanakah Mengenal Pasti Peralatan Elektrik Cekap Tenaga?

S: Saya hendak beli alat elektrik yang baharu tetapi tidak tahu hendak pilih yang mana satu?
J: Apabila hendak beli alat elektrik, anda bukan sahaja perlu semak harga, tetapi yang paling penting adalah penggunaan elektrik alat itu. Kalau tersilap beli alat elektrik, bil elektrik rumah akan meningkat.

S: Tapi, macam mana saya boleh tahu sesebuah alat elektrik itu cekap tenaga atau tidak?
J: Senang sahaja. Semak alat elektrik yang ada label penarafan 5 bintang atau tidak. Lagi banyak bintang, lagi jimat elektrik.

S: Kalau kedua-dua produk pun adalah 5 bintang, macam mana hendak memilih?
J: Kalau macam itu, kena bandingkan nilai penggunaan tenaga yang dicetak di label produk. Pilihlah produk yang nilai penggunaan tenaganya lebih rendah. Ingat, pastikan produk-produk itu adalah sama kapasiti.

S: Oh, faham! Tapi kalau tiada label penarafan 5 bintang, macam mana saya hendak pilih?
J: Kalau tiada label penarafan 5 bintang, anda perlu cari maklumat seperti “Power”. Unitnya adalah Watt dan simbolnya adalah “W”. Bandingkan dan pilih produk yang nilai “Power”nya lebih rendah.

Untuk keterangan lanjut, hubungi:
Nurul Ain Suhaimi, Pengurus Tenaga
013-9936050 | nurulain.suhaimi@widadgroup.com