Disember 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Kipas

Kipas ialah peralatan elektrik yang murah serta mudah digunakan dan jarang digantikan. Perkembangan teknologi telah menghasilkan kipas baru yang lebih efisien daripada kipas lama.

Kos elektrik yang rendah bagi kipas baru yang cekap kebiasaannya boleh menampung kos penggantian kipas lama yang kurang efisien walaupun masih elok.

PANDUAN OPERASI

  1. Pastikan kipas tidak dihalang daripada belakang kerana halangan pengaliran udara akan mengurangkan prestasinya atau menyebabkan ia beroperasi dengan bebanan berlebihan.
  2. Tutupkan suis kipas apabila tidak diperlukan. Sistem automatik seperti suis sensor automatik dapat mengelakkan pembaziran elektrik apabila kipas tidak diperlukan.
  3. Kipas hanya akan mengedarkan udara dan hendaklah digunakan bagi memungkinkan pertukaran udara jika boleh udara sejuk daripada luar.