Februari 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Seterika Elektrik
Seterika elektrik boleh menjadi pengguna elektrik yang besar sekiranya tidak digunakan secara optimum kerana pada kebiasaannya ia memerlukan kuasa 1000W.
- Panduan Membeli
- Seterika wap akan menggunakan lebih elektrik daripada seterika biasa.
- Gunakan seterika ringan untuk tujuan menggosok kerana ia lebih cepat panas dan kurang menggunakan tenaga. Seterika berat akan mengambil masa yang lebih lama untuk panas sebelum boleh digunakan.
- Panduan Operasi
- Gosok fabrik yang memerlukan suhu rendah dahulu bagi mengurangkan masa pemanasan. Tutup suis seterika sebelum menggosok pakaian yang akhir.
- Kumpul dan gosok pakaian dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Pemanasan seterika memerlukan elektrik dan pembaziran elektrik akan berlaku setiap kali seterika ini digunakan untuk menggosok beberapa helai pakaian.
- Tutupkan suis seterika jika terdapat gangguan semasa menggosok.