Februari 2021: Tips Cekap Tenaga
PEMBELIAN
“AMALKAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN LABEL CEKAP TENAGA”
- Kos penggunaan elektrik bagi suatu peralatan elektrik sepanjang tempoh hayatnya biasanya MELEBIHI kos pembelian peralatan tersebut.
 - Apabila membeli peralatan elektrik, ambil kira jumlah KESELURUHAN kosnya iaitu kos pembelian dan kos penggunaan.
 - Bagi peralatan elektrik yang cekap tenaga, walaupun harganya lebih mahal ia lebih menjimatkan semasa hayat penggunaannya dan PENJIMATANNYA MELEBIHI KOS PEMBELIANNYA.
 
PEMASANGAN
- Pemasangan penghawa dingin, pastikan ruang udara tertutup bagi mengekalkan udara sejuk dan mengelakkan haba daripada luar masuk.
 - Pemasangan peti sejuk, Elakkan daripada meletakkan peti sejuk berhampiran dengan sinaran matahari atau tempat memasak.
 - Pemasangan Orang Kompetan, pastikan orang kompetan elektrik atau kontraktor elektrik bertauliah oleh Suruhanjaya Tenaga dilantik untuk memasang peralatan elektrik.
 
PENGGUNAAN
- Penghawa dingin, Laras suhu penghawa dingin pada 24 darjah celcius, guna timer untuk menutup penghawa dingin pada pukul 3 pagi.
 - Televisyen, Elakkan daripada membiarkan televisyen didalam mod sedia.
 - Mesin Basuh, basuh dengan muatan yang penuh.
 
PENYELENGGARAAN
- Penghawa dingin, bersihkan penapis udara sebulan sekali / periksa tekanan gas setahun sekali & servis penghawa dingin setahun sekali.
 - Kipas, bersihkan penapis udara sebulan sekali atau bila perlu.
 - Peti sejuk, pastikan getah pintu berfungsi dengan baik.