Januari 2020: Tips Penjimatan Tenaga – Lampu

Lampu biasanya digunakan untuk pencahayaan dan menyumbang 10% atau kurang bagi keseluruhan jumlah bil elektrik. Contoh: lampu 400W yang digunakan sebanyak 2-3 jam sehari akan menelan perbelanjaan sebanyak RM13.80 untuk tempoh sebulan.

JENIS LAMPU

  1. Lampu mentol – Menjana haba yang banyak dan kebiasaannya mempunyai kuasa 60W. Kecekapan sinarannya dalam lingkungan 18 lumens/watt – satu sumber cahaya yang kurang cekap.
  2. Lampu kalimantang – Menjana cahaya cerah pada kuasa 32W. Lampu ini mempunyai balast, kebiasaan kuasanya 8W.
  3. Lampu kalimantang mampat (Compact Flourescent Light –CFL) – Pencahayaan cerah yang sama dengan 60W lampu kalimantang tetapi pada kuasa yang lebih rendah iaitu pada 11W. Kecekapan sinarannya dalam lingkungan 60 lumens/watt. Agak mahal tetapi masa hayatnya lapan kali lebih lama daripada lampu mentol biasa dan menggunakan hanya 20% tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan yang sepadan.

PANDUAN PEMBELIAN

  • Beli lampu cekap tenaga dan boleh menjimatkan tenaga sehingga 80% bil lampu pada jangka masa yang panjang.
  • Harga untuk lampu cekap tenaga jenis lampu kalimantang mampat (CFL) walaupun ia mahal, namun ia akan lebih menjimatkan tenaga kerana rendah penggunaan elektriknya.
  • Gunakan lampu yang bersesuaian dengan keperluan. Contohnya, gunakan lampu yang lebih terang ketika membaca dan lampu yang lebih malap ketika menonton TV.
  • Lampu kalimantang biasa akan mengeluarkan 2 kali lebih cahaya daripada lampu mentol.
  • Seboleh-bolehnya, gunakan suis fotoelektrik, pemalap dan penentu masa bagi penjimatan selanjutnya.

PANDUAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN

  1. Bilik Tidur
    Gunakan lampu malap daripada siling dengan pemalap untuk pencahayaan umum.
    Gunakan lampu sisi katil untuk membaca.
    Gunakan cahaya dari luar. Letakkan meja berhampiran dengan tingkap.
  2. Ruang Tamu
    Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
    Pasang lampu di atas ruang kerja.
    Pasang lampu di pintu bilik pantri.
  3. Dapur
    Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
    Pasang lampu di atas ruang kerja.
    Pasang lampu di pintu bilik pantri.
  4. Bilik Air dan Stor
    Pasang lampu di atas cermin.
    Pasang lampu siling bagi bilik air yang besar.
    Pasang lampu berkuasa rendah bagi laluan dan setor