Jun 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Ketuhar (Gelombang Mikro)

PANDUAN PEMBELIAN

  1. Ketuhar gelombang mikro menjadi pilihan kerana ia menggunakan tenaga yang kurang dan masak lebih cepat berbanding ketuhar elektrik biasa. la juga boleh memanaskan makanan anda dengan cepat dan boleh menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 10-25%.
  2. Ketuhar gelombang mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa kerana keperluan tenaganya yang rendah dan masa memasaknya yang singkat.

PANDUAN OPERASI

  1. Pastikan pintu ketuhar sentiasa tertutup. Jika perlu memeriksa masakan, intai melalui pintu ketuhar
  2. Sebelum memasak defroskan makanan terlebih dahulu kerana ini menjimatkan tenaga yang mungkin diperlukan bagi mendefroskan makanan tersebut (dan mungkin juga akan menyebabkan makanan tidak masak di sesetengah bahagian )
  3. Rancang penggunaan ketuhar. Masak beberapa jenis masakan sekali gus. Ini akan menjimatkan elektrik sebanyak 60%
  4. Elakkan penggunaan ketuhar semasa kosong kerana ini boleh merosakkan magnetron.
  5. Elakkan daripada menggunakan bekas logam
  6. Makanan di dalam ketuhar gelombang mikro akan terus dimasak atau dipanaskan walaupun ketuhar telah ditutup

Ketuhar ialah peralatan yang memerlukan penggunaan elektrik yang banyak, oleh itu gunakanlah sebaik mungkin.