Kerja-Kerja Penyelenggaraan Enterprise Backup

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Untuk makluman semua portal dan sistem-sistem aplikasi Jabatan yang ditempatkan di Pusat Data JKR terlibat dengan aktiviti Penyenggaraan Enterprise Backup ini.
  2. Gangguan capaian bersifat sementara ini akan bermula pada 3 Ogos 2018 (Jumaat), jam 6.00 petang sehingga 6 Ogos 2018 (Isnin) jam 8.00 pagi. Aktiviti ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak kami akan memaklumkan kepada pihak tuan jika aktiviti ini selesai lebih awal dari yang dijadualkan.
  3. Untuk makluman Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat (eSPFB) juga terlibat dalam kerja-kerja penyenggaraan ini. Mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada semua pegawai yang terlibat dengan sistem ini.
  4. Selain itu, sebarang kerja operasi penyenggaraan pada waktu yang dinyatakan perlulah dilaksanakan secara manual dan pihak FSO diminta untuk mencatitkannya sebagai bukti.

Sekian, terima kasih.

Hazizah Binti Md. Nasir
Penolong Jurutera Awam (JA38)
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA)
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB)
Ibu Pejabat JKR Malaysia