Mei 2020: Panduan Penjimatan Sistem Pencahayaan – Lampu Cekap Tenaga

MENUKARKAN PERALATAN LAMPU YANG KURANG CEKAP TENAGA KERANA IA MEMPUNYAI KADAR KEHILANGAN TENAGA YANG TINGGI. CONTOH LAMPU YANG TIDAK CEKAP TENAGA IALAH LAMPU PIJA DAN LAMPU KALIMANTANG YANG MENGGUNAKAN BALLAST BIASA ( KADAR KEHILANGAN 10-15 WATT ).

  • Apabila menggantikan lampu lama, cuba rancang terlebih dahulu jenis lampu yang bersesuaian bagi menjimatkan tenaga di pejabat.
  • Pastikan kadar pencahayaan bersesuaian dengan ruang kerja jika memerlukan penukaran cahaya.
  • Amalan menggunakan lampu kalimantang bagi lampu kecemasan seperti tanda “KELUAR’ perlu ditukarkan ke jenis LED.
  • Apabila menggantikan lampu kalimantang rancang terlebih dahulu kaedah bersesuaian sama ada ganti tiub jimat tenaga atau menggantikan ballast bermagnet kepada ballast berelektronik.