Ogos 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Mesin Basuh


PANDUAN MEMBELI

  1. Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan keperluan keluarga.
  2. Mesin basuh automatik jenis muatan atas menggunakan tenaga yang kurang daripada mesin automatik jenis muatan depan.

TIPS PENJIMATAN TENAGA

  1. Kos membasuh 1 muatan penuh basuhan atau separuh muatan adalah sama iaitu pada RM0.18
  2. Bagi basuhan harian muatan penuh atau muatan separuh, kos seminggu adalah tetap sama iaitu pada RM0.18 x 7 = RM1.26
  3. Manakala basuhan muatan penuh 3 kali seminggu hanya melibatkan kos mingguan sebanyak RM = RM0.54
  4. Ini bermakna basuhan 3 kali seminggu dengan muatan penuh basuhan akan menjimatkan RM37.44 setahun.
  5. Oleh itu elakkan basuhan melibatkan separuh muatan.

PANDUAN PENGGUNAAN

  1. Basuh hanya apabila muatan mesin telah penuh. Mesin basuh yang penuh muatannya akan menggunakan elektrik yang sama dengan yang muatan separuh.
  2. Elakkan daripada menggunakan mesin basuh yang terlebih beban.
  3. Pilih kitaran cucian yang bersesuaian.
  4. Elakkan daripada menggunakan program pra basuh.
  5. Gunakan seting suhu optimum. Jika boleh elakkan daripada menggunakan kitaran basuhan panas.