Oktober 2018: Tips Jimatkan Penggunaan Elektrik Ketika di Pejabat
- Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.
- Tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24ºC. Jika anda sudah kebiasaan pada suhu yang lebih rendah, maka cuba membiasakan diri kepada suhu ini kerana ia akan menolong penyaman udara rumah anda tahan lebih lama.
- Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan. Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan penyaman udara.
- Padamkan lampu bilik apabila tidak digunakan.Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa keluar dari bilik. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
- Gantikan Kipas Yang Terlampau Lama. Jikalau kipas kamu telah bekerja berdekad-dekat maka pertimbangkanlah untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia mengunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
- Cuci Penapis Alat Penyaman Udara sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan. Langkah Penyelenggaraan Pencegahan perlu dilakukan dalam jangka masa setiap 3 bulan untuk memastikan jangka hayat tahan lebih lama dan penapis yang kotor boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan dalam process penyejukkan.
- Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
- Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman pejabat boleh membantu penjimatan tenaga. - Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat sebagai bahan penebat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan. - Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos melabur dalam beberapa tahun.
- Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
FAKTA!!!
Sebagai contoh: Jika enam juta rumah menggantikan 100W mentol lampu bulat tangsten kpd lampu neon atau fluorescent kompak 20W, maka ia akan menyebabkan penjimatan elektrik mencecah hampir 1.56billion Kw/j iaitu bersamaan hampir RM 615 juta setahun.
Komitmen MALAYSIA terhadap Sustainability Programme
Pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sehingga 45% daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030 berbanding tajap pada tahun 2005 seperti mana yang telah dinyatakan oleh kerajaan semasa Persidangan Perubahan Iklim (United Nations Climate Change Conference, COP21) di Paris pada tahun 2015.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyahut seruan Kerajaan dalam merealisasikan program ini. Sila guna tenaga elektrik dengan sebaiknya. Elektrik yang dibiarkan tanpa digunakan itu satu pembaziran! Bersama kita menggunakan tenaga secara berhemah demi masa depan yang gemilang.
Untuk keterangan lanjut, hubungi:
Nurul Ain Binti Suhaimi
Pengurus Tenaga
Phone : 013-9936050
Email : nurulain.suhaimi@widadgroup.com
