Oktober 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Komputer

PANDUAN MEMBELI

  1. Pastikan komputer mempunyai mod tidur.
  2. Monitor skrin rata lebih efisien daripada jenis tuib katod.
  3. Komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbanding komputer meja.

PANDUAN OPERASI

  1. Elakkan daripada membiarkan komputer pada mod sedia. Jadual 9 menunjukkan penggunaan tenaga komputer dalam keadaan pelbagai mod.
    • Tutup : komputer tidak dimatikan di plug tetapi hanya dipadamkan di pemutus penyambung di dalam komputer.
    • Mod tidur : komputer hampir dipadamkan – pemproses dan monitor masih menggunakan 1-30 watt elektrik.
    • Jimat-skrin : tidak menjimatkan elektrik, masih pada keadaan sedia digunakan untuk menjaga monitor.