Salam Aidilfitri: Tingkatkan Kesyukuran, Eratkan Persaudaraan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1440 Hijrah, diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga WIDAD yang dikasihi.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut Aidil Fitri atau hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki.

Jesteru diseru agar ditingkatkan rasa kesyukuran dan memperkasakan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT di antara warga WIDAD kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan di dalam sebuah organisasi serta menutup segala ruang perpecahan.

Benarlah firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara…”

Sabda Rasulullah SAW;

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Sentiasalah bermaafan dan lontarkan senyuman bagi membentuk satu suasana WIDAD yang lebih ceria, harmoni, bekerjasama dan berlapang dada.

Selamat menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tercinta. Sambutlah Aidil Fitri dalam lingkungan syariah, saling bermaafan dan ziarah menziarahi bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati, sambutlah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman berhati-hati dijalanraya.

Akhir kata, mewakili Pengurusan WIDAD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga WIDAD yang dikasihi.

Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin.