September 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Penyaman Udara

PANDUAN MEMBELI
- Pilih saiz unit penyaman udara yang bersesuaian dengan keperluan. Sebagai panduan, Jadual 6 menyatakan saiz penyaman udara yang sesuai dengan saiz bilik.
- Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknya nisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebih dahulu. EER bagi penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalah dalam lingkungan 8 hingga 10. Jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan penyaman udara biasanya dinyatakan dalam sebutan BTU (British Thermal Unit) /jam. 1 hp bersamaan dengan 9,200 BTU sejam.
- Rujuk pemeringkatan bintang bagi unit tersebut. Lebih banyak bintang, lebih cekap unit tersebut (hingga ke maksimum 6 bintang).
- Periksa kadar pengaliran udara (dinyatakan dalam sebutan kakipadu/min). Semakin besar kadarnya (antara 200-300 kakipadu/min bagi unit 1 hp) semakin cepat sejuk dan semakin baik pengaliran udaranya.
PANDUAN PENGOPERASIAN & PENYELENGGAARAAN
- Jangan halang saluran udara unit penyaman udara dengan langsir atau perabot. Biarkan tingkap dan pintu sentiasa tertutup supaya bilik sentiasa sejuk.
- Gunakan bumbung atau siling berpenebat serta cuba untuk meminimumkan pelepasan udara sejuk melalui bawah pintu dan tingkap, ini boleh membantu mengurangkan penggunaan elektrik bagi penyejukan.
- Penebatan akan menghalang udara panas masuk ke dalam bilik dan akan mengurangkan beban penyejukan unit penyaman udara.
- Penebatan dan pengglisan akan mengurangkan bil elektrik sehingga 40%.
- Apabila hari dijangka akan panas pasangkan penyaman udara awal bagi mengelakkan rumah daripada menjadi terlalu panas. Pada hari yang panas tutup langsir bagi menghalang sinar matahari.
- Lakukan penyelenggaran unit penyaman udara mengikut jadual termasuk membersihkan penapis dan gelung pertukaran habanya bagi memanjangkan hayat penyaman udara tersebut.
- Peneduh berskrin dan sedikit berwarna serta sengkuap tingkap atau dinding merupakan satu lagi cara untuk mengurangkan penyerapan haba.