September 2019: Tips Penjimatan Tenaga – Penyaman Udara

PANDUAN MEMBELI

  1. Pilih saiz unit penyaman udara yang bersesuaian dengan keperluan. Sebagai panduan, Jadual 6 menyatakan saiz penyaman udara yang sesuai dengan saiz bilik.
  2. Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknya nisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebih dahulu. EER bagi penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalah dalam lingkungan 8 hingga 10. Jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan penyaman udara biasanya dinyatakan dalam sebutan BTU (British Thermal Unit) /jam. 1 hp bersamaan dengan 9,200 BTU sejam.
  3. Rujuk pemeringkatan bintang bagi unit tersebut. Lebih banyak bintang, lebih cekap unit tersebut (hingga ke maksimum 6 bintang).
  4. Periksa kadar pengaliran udara (dinyatakan dalam sebutan kakipadu/min). Semakin besar kadarnya (antara 200-300 kakipadu/min bagi unit 1 hp) semakin cepat sejuk dan semakin baik pengaliran udaranya.

PANDUAN PENGOPERASIAN & PENYELENGGAARAAN

  1. Jangan halang saluran udara unit penyaman udara dengan langsir atau perabot. Biarkan tingkap dan pintu sentiasa tertutup supaya bilik sentiasa sejuk.
  2. Gunakan bumbung atau siling berpenebat serta cuba untuk meminimumkan pelepasan udara sejuk melalui bawah pintu dan tingkap, ini boleh membantu mengurangkan penggunaan elektrik bagi penyejukan.
  3. Penebatan akan menghalang udara panas masuk ke dalam bilik dan akan mengurangkan beban penyejukan unit penyaman udara.
  4. Penebatan dan pengglisan akan mengurangkan bil elektrik sehingga 40%.
  5. Apabila hari dijangka akan panas pasangkan penyaman udara awal bagi mengelakkan rumah daripada menjadi terlalu panas. Pada hari yang panas tutup langsir bagi menghalang sinar matahari.
  6. Lakukan penyelenggaran unit penyaman udara mengikut jadual termasuk membersihkan penapis dan gelung pertukaran habanya bagi memanjangkan hayat penyaman udara tersebut.
  7. Peneduh berskrin dan sedikit berwarna serta sengkuap tingkap atau dinding merupakan satu lagi cara untuk mengurangkan penyerapan haba.