COVID-19: Tanggungjawab Majikan dan Kakitangan Berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Berikut adalah panduan tanggungjawab majikan dan kakitangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjangan inisiatif pengawalan wabak COVID-19 yang boleh dijadikan panduan bagi menjamin kesejahteraan bersama.

KAKITANGANMAJIKAN
a. Sentiasa menjaga kebersihan diri;
i. Basuh tangan yang kerap dengan sabun dan air atau sanitasi tangan
ii. Mengamalkan etika pernafasan

b. Pekerja digalakkan untuk makan di meja mereka

c. Had pengendalian makanan dan perkongsian makanan di tempat kerja

d. Teruskan dikemas kini info COVID-19

e. Jika terdapat gejala;
i. Perlu memaklumkan kepada Penyelia / HSE / HR dengan segera
ii. Pakai face mask
iii. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera
iv. Elakkan bersentuhan dan bergaul dengan rakan-rakan sekerja.

B. Tindakan di Tempat Kerja:
a. Pastikan persekitaran kerja yang bersih melalui pembasmian kuman secara berkala di pejabat termssuk peralatan kerja.
b. Elakan berjabat tangan / bersalaman.

c. Pemantauan dan merekod suhu badan & pembersihan tangan untuk pelawat
d. Menyediakan akses mudah untuk pekerja mencuci tangan atau sanitise tangan.
e. Aktiviti nyahkuman di tandas, pantry, surau dan lain-lain common area.
f. Menghadkan penggunaan pantry, surau sepertimana di sarankan untuk social distancing.
g. Merancang langkah-langkah kontingensi sekiranya terdapat sumber manusia terhad misalnya. bekerja dari rumah untuk staf yang terlibat dengan pengawasan (kuarantin) di rumah,, mobilisasi pekerja dll. Ini juga untuk mengelakkan tekanan kepada pekerja yang perlu bekerja dalam tempoh kekurangan sumber manusia.
h. Pertimbangkan kaedah komunikasi alternatif misalnya mesyuarat maya di tempat kerja.
i. Pertimbangkan untuk menangguhkan mesyuarat atau event besar
j. Pertimbangkan untuk mengadakan mesyuarat di luar bilik tertutup iaitu di ruang terbuka jika boleh
k. Sekiranya perlu diadakanmesyuarat atau event dalaman, pastikan semua langkah berjaga-jaga diambil:

i. Pekerja yang tidak sihat atau bergejala tetapi perlu menyertai mesyuarat boleh menggunakan platform maya
ii. Memastikan semua maklumat yang berkaitan diberikan kepada pekerja seperti amalan kebersihan tangan dan penggunaan face mask bagi mereka yang mengalami gejala.
iii. Menyediakan:
▪ Pembersihan nyahkuman personal di mana perlu atau memastikan ketersediaan sabun dan air atau hand sanitiser.
▪ Penggunaan Face Mask dan tisu bagi mereka yang mengalami gejala pernafasan
iv. Pertimbangkan tingkap di buka untuk pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang lebih baik
v. Memantau pekerja setiap hari dan memberi sokongan untuk mengasingkan mereka yang mempunyai gejala dan mengangkut mereka ke kemudahan kesihatan.
vi. Sentiasa berhubung dengan pekerja mengenai status kesihatan mereka selepas menjalani pemeriksaan doktor.
vii. Pastikan butiran perhubungan semua pekerja sekiranya terdapat keperluan untuk menghubungi mereka. Rekod perlu disimpan selama sekurang-kurangnya satu bulan.
viii. Jika mana-mana pekerja positif COVIC -19, majikan akan membantu Pejabat Kesihatan Daerah (KKM) yang akan melaksanakan langkah-langkah seperti mengesan kenalan dan meletakkan hubungan rapat di bawah Pengawasan Rumah.
i) Pastikan semua pekerja dimaklumkan tentang perkembangan terkini COVID-19
a) Berkomunikasi kepada pekerja mengenai COVID-19;
i. Menasihati mengenai kaedah pencegahan; termasuk kebersihan diri dan etika ketika bergejala (demam , batuk).
ii. Ingatkan kakitangan keperluan untuk mengamalkan kebersihan tangan secara kerap melalui e-mail, media sosial, gamification dll.
iii. Sediakan info mengenai COVID-19 kepada pekerja
iv. Bagaimana Menggunakan face mask dan pembersihan tangan / sanitasi tangan yang betul
v. Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan yang berkaitan mengenai COVID-19 kepada semua pekerja
b) Mengarahkan penyelia untuk memantau gejala pekerja di tempat kerja
c) Menggalakkan pekerja untuk mengambil suhu secara berkala dan memantau tahap kesihatan pekerja
d) Pertimbangkan untuk mendapatkan perisytiharan perjalanan daripada pekerja dalam sejarah perjalanan.
e) Jika pekerja mengalami gejala;
i. Sekiranya di rumah:
▪ Pakai face mask dan dapatkan bantuan perubatan di kemudahan kesihatan terdekat.
▪ Hindari bergaul dengan ahli keluarga
Orang yang berada rumah juga harus memakai face mask.
ii. Sekiranya di tempat kerja:
▪ Memberi pengecualian hadir kerja jika terdapat gejala.
▪ Pakailah face mask dan dapatkan bantuan perubatan di kemudahan kesihatan terdekat
▪ Hindari bergaul dengan rakan-rakan sekerja
Orang yang berada di environment kerja juga harus memakai face mask.
f) Menjalankan penilaian kesihatan contohnya Sokongan Psikologi di kalangan pekerja dan menjalankan langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan stress di kalangan pekerja.
g) Memantau cuti sakit dan ketidakhadiran di kalangan pekerja. Simpan rekod cuti sakit kakitangan termasuk sebab cuti, tempoh cuti dan status semasa.

Sumber:

Occupational Health Unit, Occupational and Environment Health Sector, Ministry of Health.