Waktu Bekerja Baharu Tapak Projek Istana Negara

Kepada: Staff WBSB, Tapak Projek Istana Negara

Daripada: Rusman Md Lizah, Pengurus Besar Kanan

Tarikh: 4 Mei 2020

No Rujukan: WBSB/IN/HR-ME/SI/2020-0191

Perkara: WAKTU BEKERJA BAHARU


Adalah dimaklumkan pihak syarikat telah menetapkan waktu bekerja baharu bagi mengelakkan kesesakan semasa waktu merekod kedatangan dan mengambil suhu harian dan berkuatkuasa bermula 5 Mei 2020 (Selasa).

Berikut adalah maklumat lanjut sebagai rujukan:

KategoriWaktu Bekerja BiasaWaktu Kerja Baharu (Pilihan)
Waktu Kerja Normal8.00 am - 5.00 pm8.00 am - 5.00 pm - Pilihan A
atau
9.00 am - 6.00 pm - Pilihan B
Waktu Kerja Syif Pagi Sahaja8.00 am - 4.00 pm8.00 am - 4.00 pm - Pilihan A
atau
9.00 am - 5.00 pm - Pilihan B

Sila lengkapkan borang atas talian pada pautan ini bagi pilihan anda.

Sempena pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, pihak syarikat juga telah bersetuju bagi meminda waktu bertugas iaitu waktu rehat adalah dipendekkan kepada 30 minit sahaja dan waktu bekerja berakhir 30 minit lebih awal daripada waktu kerja biasa (Rujuk jadual: Waktu Kerja Baharu).

Manakala bagi staf yang bekerja mengikut waktu bekerja syif, masa bekerja adalah tidak berubah.

Adalah diharapkan semua staf dapat memberi kerjasama dalam mematuhi waktu bekerja baharu ini. Staf juga diingatkan sentiasa mengikut prosedur dan normal bekerja baharu seperti yang dimaklumkan sebelum ini bagi memastikan keselamatan bersama di sepanjang waktu bekerja.

Sekian, terima kasih.

(RUSMAN MD LIZAH)

WBSB/IN/SI/HR-2020

Salinan memo asal boleh dimuat turun di sini.